Monday, March 30, 2009

bila lampu ditutup...sejarah GELAP Ku bermula..

hari ni dunia cerah..tp pe yg ak nk citer ni pasal dunia gelap..bukan kekasih gelap tau..bukan gak zaman gelap..kang ada org marah ak ak dok citer pasal sejarah lak.huhuh..EM la 2..(bukan nama sebenar)..huuhu..sejarah gelap ni adalah citer pasal kita menghormati hari gelap seM'SIA..huhuhu..
yang menjadikan citer ni best adalh pengalaman yg ak dengar sepanjang lampu ditutup...mmandangkan malam 2 nk tutup lambu kat kolej mula 8.30 malam.kul 8 lagi ak dgn cha dah kua..huhu..g pasar malam..pastu dah plan nk g tgk band kat pggung seni..huhuuu..
dalam kul 840 pm member cha cll ckp amin dah gelap..huhh..kami senyum je lah coz mmg takde kat ukm..pastu wana lak cll kata burhan gelap..heheh..yang lawaknya, katanya aidah dok tgh siap2 depan cermin katanya terus blackout..huhu...sempat ke aidah bersiap?heeheheh..agk2?
yg lagi bestnya time kami nk balik 2 mmg masuk je pintu utama semua kolej gelap..dctar je cerah..huhuh..semua kolej...kegelapan..sempat la ak round2 dgn cha tgk kolej2 gelap.habis lampu2 jalan tutup..telanggar gak lah lopak2 jalan yg rosak..huuuu...so si cha ni tnya lah member dia kat amin dah kua lum..coz katanya nk tgk band sama2..alih2 kawan dia ckap pe tau....huhuuh....
"cha..ak cari motor tak jumpa ni..gelap!!!!" huhuhuh
sian dia..e2 lah pengalaman gelap ak..walaupun tak sehebat pengalaman memei eh..mimi..ekekek..ak tak lipat kain,coz tak sempat basuh kain..sowi lah mimi erk...

Thursday, March 26, 2009

malang + malu di diner aminuddin baki..

al kisah..ak dengan semangatnya nk g diner amin pada 22.mac.09...rasa cm ak lah paling cntik malam tu..ekeke...walaupun tak..tp baju diner ku disponser oleh kakak kesyangan ku..k.niza..ak pun siap lah..ak g dgn muna,nina,wani and mimi..nik keta, nina bwk..masing2 dah betul2 kan kain..huhuh..sampai dah la lambat..kira kitaorg join budk2 thun 3 masuk lah..hhuhu..masa dok pening2 cari meja kesayangan yang dipilih oleh sahabat baik ku saudari arina ni td sempat la menayang baju..ekekek....nak jd kn citer, bila sampai je meja kitaorg..meja 94(meja belakang sekali)huhuh...kami ni sakan la dok bergambar..asik2 tgh bergambar ak terpandang la budak yg dok selang 1 kusi dari ak..kira satu maje lah ni..budak 2 pakai baju sebijik baju diner ak..ya allah..time 2 ak rasa malu giler beb..kalau pkwe ku ada cmfrm dia gelakkn ak..huhuh..ak terus hilang mood..and bt muka tak tahu..sampai la muna tegur muka ak cm org ngtuk..uhuhu. bila majlis mula je..ak bt bodoh je lah..ak rasa bdk 2 pun perasan baju kitaorg sama...huhuh..

yang paling ak tak tahan sepanjang diner tu ialah time last sekali pas makan..dia balik awal dgn kwn2 dia..tak tunggu dah..yg ak lagi terkejut..buka setakat baju je dari kain dan corak yang sama tp......................................................fesyen baju pun sama..baju kebaya pendek...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............cm nak nangis je...last masa dia balik 2 baru lah kwn2 ak perasan kenapa ak bersedih..huhuhu...sadis btl..so pas dia balik baru ak leh ambik gambar..huhu..igt lagi waktu ak balik perak,time nk tunggu bot kat jeti, tiba2 pkwe ak nmpak budak ni pakai baju yg ak ada..sib bik pada hari 2 ak tak pakai baju 2..dah la baju kesayangan ak lak 2..ha terus ak tak pakai smpai hari ni...bukan tak nk pakai..t kalau org tgk..malu lah pulak..ekekek..pe2 pun ak pun balik awal malam 2 coz nk bt keja len..huhuu..kwn2 best lah diner kan..siap tambat nasi 3 kali..ala korang saje nk ngorat abg catering 2 kn?hehehe...

Friday, March 20, 2009

cukup setakat ini....

maaf..kpda kwn2 yg selalu bc blog ak..ak mintak maaf coz ak tak minat nk tulis pape lg setakat ini..ak sgt tertekan dgn keadaan sekarang..kita jumpa kat clss je lah.n kalau ada pape yg korang nk ak tulis,ak akn tulis.tp kalau tulis pasal ak lg,ak dah tak nk.coz lg byk ak tulis,lg byk keburukan akn kua...ak tak nk satu dunia tahu pe yg berlaku n semua keburukan aku..cukup lah setakat ini sahaja..

bila sedih..

susah untuk menjadi diri yg sempurna..susah juga igin memuaskan hati semua org..bila kita terlupa siapa kita untuk berdiri di bumi ALLAH ini,kemugkinan yg dialami adalh kesukaran yg tak kunjung hentinya..bila kali terakhir kita ketawa dgn hati yg gembira?mungkin semasa kita berumur 12 tahun semasa bapak kita masih lg angkat kita untuk tidur di bilik bila kita dengan sengaja tidur depan tv..
bila kali terakhir kita sedih dgn hati yg sgt sakit..mugkin semasa bapak kita di angkat bila ALLAH menjemputnya kembali...sejak itu dimana hilang kegembiraan dan kesakitan...
tp kegembiraan ttp datang..sinar yg dibawa bergitu terang dan penuh kebahagian..kita tersenyum kembali..namun keembiraan sering kali hilang dimamah kesedihan yg pilu..kesedihan yg sering kali berpanjangan..kadang2 kita cuba untuk membuat tak kisah dgn semua yg kita alami..sakit..terlalu payah untuk kita telan..tp kita diam lg..mungkin kita adalah punca kepada kesedihan itu..kita cuba berlajar untuk diam dan membiarkan kegembiraan berlalu kalau itu yg semua igninkn.kalau dulu kata rasa hidup kita perlu di ikut,tp kita cuba kurangkan..kita belajar bertimbangrasa.tp semua itu org lain tak nmpak.kesalahan kita ttp kesalahan..
kalau dulu kita ego dgn diri kita..tp kita tak lg tunjukkan semua 2..coz kita tak nk diorang terasa hati dgn kita..kita mintak maaf bila kita salah.walaupun kadang kala kita yg menangis benda yg kita tak salah.kita yg kena marah bila kita mintak maaf..hati kita sakit..tp kita diam.sebab kita sgt sayang dgn kegembiraan yg kita dapat.lama2 kita pikir..kita rasa,mugkin apa yg kita rasa,diorang tak rasa.pe yg diorg pikir,kita tak fikir.pe yg diorng nk..kita tak nk...mgkin e2 jd punca kesedihan itu datang..kita diam lg..
esok bila mula hari baru..kita pendam dgn apa yg kita rasa.mungkin diorang pun cm 2.dan kadang kala hati kita dan diorang masing2 sakit sbb terlalu bermain dgn perasaan.mugkin juga sebenarnya kita belum cukup mampu untuk pertahankn kegembiraan yg kita dapat dri diorg..
penah kita rasa nk pergi jauh dari diorang.jauh dari kesedihan..tp kita semakin dekat dgn diorng..kita cuba jd yg terbaik untuk diorg..tp diorng masih tak gembira dgn kita..kita tak bagus.tp kita cuba..kadang2 kita berjaya.tp kali ni kita gagal untuk sekian kalinya..kata rasa salah kita..tp kita juga tak rsa kita bersalah.sbb kita tak rasa n pikir apa2,tp diorang negatif dgn kita..kesanya..kita yg bersalah..kalau kita tak boleh bg diorang gembira,kenapa ALLAH temukan kita dgn diorg?kalau diorg rasa sensara dgn adanya kita..kita rela kita tak kawan dgn diorang..coz kita tak nk diorang sedih bila adanya kita..lupakan kita dan cari kawan baru..

Thursday, March 12, 2009

Progestrex dan Rahypnol musnahkan hidup wanita

AKU RASA SANGAT PERIHATIN NK SEBARKAN MAKLUMAT NI..AK DAPAT DARI EMAIL YG DIHANTAR KEPADA AKU..
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil.
> Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,
> sebagai dadah 'Dating' dan rogol.
>
> Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
>
> Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
>
> Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
>
> Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
>
> Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Tuesday, March 10, 2009

PeRSatUan DaTiN bERSiDAng

persatuan datin bersidang untuk sekian kalinya..bersidang sambil bersidai di lua 506...coz nk tunggu the next clss..heheh..so ahli2 persatuan ni kua lah citer..dari sedih...gembira..luahan persaan yg terpendam..nk g tgk dragon ball..rasukan ablasa yg tak bape nk best..huhu...sampailah ke tajuk tesis yg tak siap2 lg..hehhe..17 dah kena antar weh...
al kisah bermula lah kisah...
ahli persatuan datin telah membawa watikah permasalah yg berlaku di luar persatuan..semua masalah kena bentangkan,agr ahli2 yg lain dapat berikan cara untuk selesaikan sebarang masalah yang timbul di belakang hari..heheh(cm besar je persatuan ni kn?)
isu yg berbangkit adalh ada seorang hamba allah ni..cukup lah saya nama kan dia sebagai E.M (BUKAN NAMA SEBENAR) bertanya kan kepada ahli2 datin ni ape kepentingan sejarah kepada malaysia..pe hal nk belajar sejarah china,jepun,eropah,a.tenggara.nusantara..dll...sy sebagai menteri hubungan antarabangsa..hahahah...n merangkap exco kebajikan dalm persatuan ni(lantik diri sendiri)mengambil serius ttg perkara yg di utara kan oleh E.M ni tadi..mana leh bg malu persatuan beb!!heheh
untuk E.M ni lah jwapannya:-
E.M perlu berlajar hargai sejarah E.m dulu sebelum E.M nk cakap pasal sejarah ni..cukup lah kalau kita tahu susur galor keturunan kita..kalau e2 pun kita tak berjaya..masalah bg negara kita bg membendung generasi yg akan datang..setiap yg di tawarkan pasti ada misi dah visi..cm 2 gak sejarah kat ukm ni..
menurut kajian yg dilakukan oleh NGO dan kerajaan sendiri..kebanyakan mahasiswa di fakulti sains@eko,kejuruteraan ni sangat rendah tahap nasionalisme mereka.bagaimana generasi muda ni mampu untuk menstabilkan lagi negara ini..
mana mahasiswa kita yg ingin agungkan bg genarasi akan datang,kalau ank muda kita sendiri tak penah sayang kepada tanah tumpah mereka.entah2 lagu negaraku pun belum tentu diorang ni ingat..so cm ne?semua berlaku sbb diorang ni tak belajar@tak minat belajar pasal sejarah.
ape penting sejarah untuk kita?
kita sentiasa hidup dalam sejarah..sejarah sentisa membeSar dgn kita..bermula dgn T.MELAYU ke MALAYSIA.kita tau ke secara lengkap cm ne susah kemerdekaan itu di tuntut..??kita telah lahir dgn keamanan..peristiwa 13 MEI..pasti semua 2 menjadi titik hitam dalam sejarah negara..nk ke tumpah darah 2 berlaku lg?so dari mana kita belajar semua 2..dari sejarah kn..dari sejarah kita dan bangsa2 lain boleh duduk berbumbungkn langit yg sama..salain hormat meghormati antara satu sama lain...berbalik kepada sejarah luar yg kami kena belajar..ni jwpannya:-
malaysia sendiri belajar dari sejarah kebngkitan jepun untuk barjaya..jepun belajar dari sejarah china untuk tidak menjadi negara yg seperti berada seperti katak bawah tempurung..akhirnya kedegilan china untuk membuaka mata mereka telah membawa kehancuran yg sangat dasyat kepada pemerintahan China.sehingga china telah ketinggalan dari segi eko,pembangunan dan tamadun meraka. jepun yg belajar dari kedegilan china telah berjaya menjadi sebuah negara yang unggul di asia pasifik pada ketika itu meninggalkan china yg terlalu sombong dengan ketamadunan mereka.akhirnya kemuncak kekalahan china adalah pada perang candu.yg di kalahkan oleh jepun..china hilag segala2nya..
kenapa kita belajar?kita sering kali melihat sejarah 2 akan berlalu dan terus berlalu..dan hakikatnya kiat tak ingin sejarah e2 berulang..e2 lah yg akan berlaku kalau kita tak belajar sejarah..kita akn bt kesilapan yg sama.walaupun sebenarnya kesilapan e2 telah dilakukan..kita tak sedar dimana silap kita..dan kita tak cuba mengatasi masalah e2..akhirnya kita jatuh..kita akan menyebabkan sejarah e2 berulang..
sama juga kalau kita nk bt kek..kalau kita tak tahu bahan2nk bt kek dan cara yg btul..mugkin kek yg kita hsilkan akan tak naik..tak jadi dan tak sdap..kita akn belajar lg..cuba tnya org yg pandai bt kek dan cuba lagi..dah pasti kita takkan bt kek yg sama yg tak jadi tadi kn?coz e2 adalah sejarah yg kita dah lakukan..sejarah e2 akan berulang sekiranya kita tak terima pandapat org lain..dan masih gunakan skill yg sama..kek 2 mesti tak jadi gak kn..so e2 asanya kita perlu tahu..cm 2 gak negara..hilangnya pulau batu putih..agak2 knpa?????sbb org melaysia terlalu 'sengal' dgn sejarah sendiri..igat lagi da ahli ADUN PULAU PINANG pd pilihan raya yg lalu yg terlalu 'sengal' sejarahnya..yg mengatakan org cina dan india bukan org m'sia...bg org sejarah dia sgt BODOH keluarkan fakta 2..moyang2 mereka mungkin bukan org m'sia dan rakyat yg menumpang..tp meraka adalah org malaysia..meraka bukan bangsa menumpang..see...bertapa pentingnya sejarah e2 pd pemimpin kita.kenapa pd era mahathir mohammad negara kita membangun..coz dia belajar semua 2 dari sejarah jepun,china..bagunkan negara..majukan negara..tp pemimpin kita sejarah negara pun tak tahu..ank2 semua belajar oversee..cm ne nk tahu masalah negara sendiri..masalah ank2 malaysia..
kalau nk tulis pasal barat lg byk..hahahah...nanti2 lah smbung..
ok kwn2 dan E.M ok tak?
ak kena turn teater lg..huhuhu

Wednesday, March 4, 2009

hari yang sibuk

hari ni ak agak bz..mana tak nya..ak dok pening nk bt paperwork untuk program PERMADARI. ank negari perak..plan nk lepak dgn cha pun tak jadi..huhu..yg bertambah tak best..ak kesian kat teater kolej sekarang..kitaorg semua da keja masing2.n teater masih perlukan org untuk jaga..azirin dah bz kat istana budaya..ak ingat leh la nk tlg tgk2 kan budk2 ni..tp ak lak bz nk bat program ank negeri.ak kena antar esk(khmis)..dah la petang ak nk balik kg..emm mmg cm nk mereng ak pikir nk bt kat mana program 2..berkat kwn2 yg sudi tlg ak nk bt kat KUALA GULA,BATU KURAU PERAK..hehehe..bebudak sejarah, korang sure teringin nk g kn..ak akn bt yg terbaik untuk program ni..cm ak bgn farin susah bt untuk AGM..tp respon yg ktaorg dapat semua ok..caya lah KETUA PENGARAH!!

pikir nk balik kg je, mesti ingat kat sekolah time fm6..ak cadang nk g sek balik ni..ha RAJA SHAHRIMAN..AK RINDU PD MU..tempat jatuh lagi kn dikenang, inikan pula tempat bercinta..acececee...heheehhe...paling nk jumpa mesti lah cikgu daman..heheh..cikgu mat nor..wajib jumpa kak pah!!!jijah la bukan ak.. bestnya kalau ak sek lagi kat situ bersama2 kwn2 ak..emm mila.jijah,wiyah,moon..ak rindu kat hampa...nape kita berpisah jauh sgt..teringat zaman dulu2 kul 7 kua umah,kul 7 malam baru sampai umh balik..heheh..gila btl..balik solat..pastu tido..dah t/malam bagun study smpai pg hari..tak lak ak ponteng sek..pelik btl..masuk ukm je, cm mals je nk g sek..mcm le kolej jauh...ha aura 2 tak sama..persekitaran pun tak sama..org [un tak sama..

penasihat peribadi ak da bg tau..ak ni terlalu lebih2 jg kwn2 kat sini..emm mmg ak cm 2 dari dulu..maybe tol gak..entah2 diorang tak selesa kn?kdg2 kita nk perterus terang pun kena pikir 4 5 kali..tak cm dulu..tak puas hati je main ckp je..alang2 nk terasa da la kot 4,5 minit,pastu min gelak balik..macam teater kolej...time latihah main2..pastu kena maki..ingt kn nk insaf..dapt dudk smbing ketawa..
ingt lagi da bdk fs year yg malas nk turun bila kena bantai dgn senior..diorang tak faham cara kami..marah mmg marah..habis teater kami semua kwn baik..walaupun dalam posmotem kena bantai.kena kutuk,kena maki...kwn2 ingat tak masa kena marah dgn abg bakar dulu..hahah..habis kena marah leh makan sama lg..heheh..bard marah lg best..siap kena maki lg..habis meting leh min sepak2 lg..takde simpan dlm hati..
tp semua yg best2 2 semua kenangan yg indah untuk di ingat je sekarang..
ha lapaaaaaaaaaaa....hahahahahah

bila stress melanda diri..

bila stress melanda diri..
rasa macam nk sekeh2 diri sendiri
rasa marah & moody
sape ak nak cari bg tau masalah ini..
nk repot polis..
aisey..ak tak berani..
sbb ak yg cari penyakit sendiri.

bila stress melanda diri
rasa muka tak berseri-seri..
pakailah mekup sampai 4-5 inci..
tak berkesan pun kat hati...

rasa cm nk menangis
rasa cam nk melalak..
ak lupa ak dah tua untuk semua itu..
tapi hati ini sering kali memberontak
kenapa stress melanda ak lagi.

ak cuba tak pikir pe yang ak lalui saat ini..
tp perasaan itu bergitu menebal dalm diri..
ak stress lagi..
selagi pencarian ku masih lagi tak berhasil.
ak masih tertnya2
kenapa ini sudahnya..
tetap ak ke yang bersalah..

dingin malam terasa panas
sepanas hatiku yang sakit

Tuesday, March 3, 2009

KalaU kORAng LahIR pD tHN 1973-1987..

KALAU KORANG LAHIR DALAM JANGKA TAHUN INI MESTI KORANG INGAT APE AK NK BG TAU NI..

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse...
Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron...
lg satu Gaban...ZZZZ
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?
hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan...
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
ingat tak..,
misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment...
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang berlubang.., kene laa tampal...
Ni sure korang ingat...
program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu... sekotak 30 sen jek beb...
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.YG SEDEPA tu ,skrg ade lagi ke???
Pukul tapak tangan... kan..?
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz...batman also
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...( ABG N akk ak dulu kot....)
ada yang suka stoking tebal laaa...
pakai tudung sekolah mesti ade pengerass.. budjet lawa la...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.... Tiket wayang pun 5 inggit je...
Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam2'. pehhh aku penah kene tu...
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.kat umah main baling selipo..
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.aku dapat sampai dajah 5 je..ak miskin gk time 2..pelik kn?makan free best!
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...haaa men sembunyik ibu...korang mesti penah men kan...mak-mak kita tak kasik men klu dah magrib...nanti hantu tetek sembunyikkan nanti..betul x betul wallahua'lam...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi...bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..sekarang dimana2 ade vietnam, nepal, bangladesh...cuba korang perhatikan sekeliling....
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane boleh survive dkt universiti tanpa handphone...becinta tanpa h/p..(aku alami gak masalah 2..heheh)
hmm...jom kite check, korang ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin..tp yg tak kawin pun ade gakkk...
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh
tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak,adik,anak sendara kita sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu indah lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita?? ( sayu hati rasanye..... hu hu hu .....)
e2 maknanya korang dah tuaaaaaaaaaa...................
habis...

Monday, March 2, 2009

MiNI cOppER mENgGaNas!!!




sape penah tgk keta ni kat fssk?.. kenal tak keta sape ni?ni keta lcture sejarah yg agung..huhuh...al kisah, lcture ni suke sgt mini copper ni..kalau tak salah la,dia ada satu dozen set mini kuper kat umah dia..korang nk beli ke?huhhuu..mimpi je lah..dia syg keta dia bangat!!penah sekali keta dia hilang..kecoh gak la satu kelas kami..punya lah dia syg kat keta mini dia ni..
tp masalahnya..org len sayang gak kat keta..tp jrg sgt melanggar peraturan pking kat ukm ni..tp dia bt dono je,asalkan keta dia leh paking..huhu..
bukan sekali.bukan 2 kali..mana muat dia min masuk je..ni lah antara gambar yg kami sempat ambik atas kesalahan undang2 lcture ni..heheh..kami pun suke bt koleksi cm dia..heheh..terima jelah, studen dia nakal2.

Al-KisAH EmPat SaHabAT & hANdfOn


hari ni pas kelas yg mereng tak mereng..btl tak betul..k tutorial lak..tp kelas bi..entah apa yg lcture 2 nak entah la..kami semua dah blur..ak fhm je dia ckp,tp time nk menjawab soalan mmg blur je smua..lapa pun sama..heheh..pastu smbung ka tuto sensei ahmad ali seman..sementara tunggu dia masuk..mula la team merapu berjumpa..ak aidah,wana,dgn anis..masuk je si zul hilmi,macam2 la citer kua..pasal fstival Jepun lah..yg merapu2 pun kua sama...sib bik si Diak dtg lambat..kalau tak lg gamat..yg si wanto dok belakon jadi nyah dgn zul.cm nk pecah perut kami semua.pastu diorg bg kami satu 'rahsia"..hehheeh..ala namapun rahsia..rahsia la..adalah...heheheh..
dok2 kami habis gelak..kua la citer hnfon..ha ni lah hnfon kami berempat..agk2 mana hnfon ak?huhuhyg paling cntik lah..hahah..beli hnfon ni semua da kisah yg tersendiri..mulanya ak yg bwk virus beli hnfon baru..mmg hnfon ak dah tahap cipan tak leh pakai.msg je ak cm nk tercabut jari..so masuk ptptn hari 2 ak tukar hnfon.yg paling lates sekali sony time 2..wawawa..habis gak la duit pt ak 800...heheheh..pastu ak climb la balik kat mak ak 200 ratus..duit ak simpan da la dlm 300..yg len guna duit pt..so ak pun tgh takde duit sekarang..kenalah makan hnfon je..ekeke..
ha smbung citer..masuk je sem baru..wana dgn aidah lak mengidam nk tukar gak hnfon..amboi lawan 'tokei' nmpak..heheh..bg menandakan sehati berdangsanya kami..wana dgn aidah pun tukar lah hnfon..sony gak..smbung lg citer..yg si anis ni dah hangat tgn coz dia je tak tukar hnfon lg..ekekek...masa tu lak org semua boikot nokia coz org yahudi punya..lagi lah kami perangat anis suruh tukar..siap nk pulaukan anis lg kalau dia pakai nokia..heheh..dgn langkah yg jitu,anis dgn bggannya pun tukar sony..habis 1 group kami

tukar sony..heheh..masuk clss..si bdk2 laki ni semua perasan kitaorg tukar hnfon..dasat2..tp hakikatnya sekrg,semua da hnfon nokia dgn sony..hehehe...so 4 dara pingitan ni kdg2 suke gak benda yg sama..yg paling kami suke..touchup..heheheh...mmg sehati sejiwa..yg lg syok pasal hnfon ni,adalah wana..hnfon semua cnggih2..tp semua silen..huhuh..lagu pun jrg2 sekali nk dgr..ekekek..dgr2 citer.dia da jual 1 hnfon dia kat pkwe dia..heheh..byk sgt hnfonnya..ak lak..dgr lagu dlm komuter je..bosan kan..inilah namanya tak guna teknologi..ala..bukan da org nk cll pun..bik diam2..kan aidah kn..heheh..ak gak yg keseorangan.sunyi tanpa bunyi..haaaaaaaaaaaa....

Sunday, March 1, 2009

LELAKI VS PEREMPUAN

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..(YERKE?)HUHUH
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!(lelaki gatai kot)
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.